Penulis Ahmad Al Kebab Tulis Novel Atas Kapal
oleh Roziyah Mahamad • 18 Oct 2011 4:25 PM
Tuan Wan Azlan yang juga penulis novel parodi pertama PTS bertajuk Ahmad Al Kebab tetap meneruskan minat dan bakatnya dalam penulisan walaupun bertugas di atas kapal laut. Pelayaran yang memakan masa berbulan-bulan membolehkan beliau menghasilkan karyanya dengan lebih cepat.
Tuan Wan Azlan memilih novel parodi sebagai satu peluang untuknya melebarkan sayap dalam dunia penulisan novel di Malaysia.
"Apabila PTS Litera membuka tawaran bagi menghasilkan novel parodi, saya terus teringat kepada filem-filem P. Ramlee yang saya minati bagi dijadikan novel parodi," jelas beliau kepada wakil media PTS.
Tuan Wan Azlan menjelaskan beliau menerima komen positif dari mereka yang pernah membaca buku parodi hasil tulisan beliau.
"Novel ini lebih ringan dan seronok dihadam oleh semua peringkat pembaca," jelas beliau lanjut.
Ditanya perkembangan seterusnya, beliau memaklumkan yang beliau akan tampil dengan banyak lagi karya berbentuk parodi kerana novel humor dan parodi ini masih kurang dipasaran.
Beliau juga kita sedang dalam proses menghasilkan novel yang bertajuk Madu Tiga Suku serta Nujum Pak Belukang yang sudah pasti dapat mencuit hati pembaca.
Novel parodi pertama yang bertajuk Ahmad al-Kebab ini adalah adaptasi daripada filem P. Ramlee yang bertajuk Ahmad Albab.
Melalui olahan yang kreatif dan isi cerita membuatkan pembaca tidak kering gusi, Ahmad al-Kebab mampu menjadi karya yang menarik bagi bacaan semua peringkat umur.
Kisah Ahmad Al-Kebab bermula apabila seorang lelaki kaya bernama Sheikh Majnun al-Jerunga mahu mengahwinkan tiga orang anak gadisnya. Dua orang anaknya, Sahuruhara dan Sakurakura bersetuju dan tidak sabar berkahwin. Manakala seorang lagi anaknya, Mergastura menolak dengan alasan berkahwin dengan orang kaya yang sombong seperti ayahnya itu tidak menjamin kebahagiaan. Sheikh Majnun al-Jerunga telah membuat tender terbuka dengan mengiklankan di surat khabar untuk mencari calon-calon suami yang sesuai untuk Sahuruhara dan Sakurakura. Setiap calon yang berminat di kehendaki menghantar borang tender bersama proposal projek-projek yang besar.
Akhirnya Murrahan dan Sifar berjaya berkahwin dengan Sahuruhara dan Sakurakura. Pada mulanya mereka hidup gembira dengan harta isteri masing-masing. Murrahan dan Sifar juga menggunakan harta isteri mereka untuk berhibur di luar. Mereka memperdaya Sahuruhara dan Sakurakura dengan alasan mereka sedang sibuk menguruskan projek masing-masing.
Mergastura pula dikahwinkan oleh Sheikh Majnun dengan Sediakawal, seorang penggembala burung unta yang miskin dan kebetulan tinggal di kampung yang sama dengan Murrahan dan Sifar. Satu hari Sediakawal melihat seekor burung untanya sudah memasuki gua. Ketakutan Sediakawal bertukar menjadi kegembiraan kerana dia mendapat dokumen penyerahan 100% saham syarikat al-Kebab International oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Tablit & Co, syarikat guaman yang menjalankan amanah sahaja.
Selepas menjadi kaya, Sediakawal memberi hadiah pada hari jadi Sheikh Majnun dengan anugerah pegangan saham al-Kebab International sebanyak 0.001%, dalam bentuk tajaan makanan. Pakej tajaan itu mengandungi hidangan makan 5 kali sehari dengan satu hidangan makan mempunyai 10 biji kebab, untuk seumur hidup Sheikh Majnun.
Dapatkan buku Ahmad Al-Kebab yang pastinya menghiburkan melalui www.bookcafe.com atau mendapatkannya di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.
Bertugas di perairan mencetuskan ilham kepada Tuan Wan Azlan Wan Chik bagi menghasilkan karya novel parodi yang unik dan menarik.