Bab 13
Kebiasaannya
bagi pasangan lain, di awal-awal perkahwinan adalah masa yang paling indah.
Waktu inilah segala kebahagiaan dan kemesraan saling diberi dan dinikmati
sepenuhnya.
Berlainan
pula dengan pasangan Murrahan dan Sakurakura. Oleh kerana Murrahan menjalankan
rancangan mengikis hartanya sebaik sahaja berkawin, mereka sering bertengkar
dan bertikam lidah. Selalunya Sakurakuralah yang mengalah disebabkan perasaan
sayangnya pada suami. Dan ia juga biasanya berakhir dengan Sakurakura
menyerahkan barang kemasnya kepada Murrahan. Ini disebabkan oleh Sakurakura
meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada suaminya itu. Pandai pula Murrahan
memujuk dan mereka alasan untuk menampung perbelanjaan perniagaan.
Keadaan
itu banyak kali berlaku sehingga setelah beberapa lama barang-barang kemas
Sakurakura dan barang-barang lainnya yang berharga hampir habis digadai
Murrahan. Namun Murrahan tetap meminta selagi ada benda yang tinggal. Dicarinya
apa sahaja, walaupun sekecil mana sekalipun.
Petang itu
Murrahan dan Sakurakura bertengkar lagi.
“Bolehlah
sayang. Nanti kalau perniagaan untung, abang gantilah,” Murrahan merayu.
“Sayang tak
percaya,” bentak Sakurakura.
“Percayalah
sayang. Abang nak buat modal pusingan,” rayu Murrahan lagi.
“Tak nak. Sekarang
gelang ini sajalah yang tinggal. Barang-barang lain semua sudah habis abang
gadai,” bentak Sakurakura. Dia melarikan gelang itu dari pengelihatan Murrahan
dan menggenggamnya kemas-kemas.
“Berilah pada
abang. Abang mahu buat beli mesin rantai baru. Mesin-mesin rantai yang ada
semua sudah rosak. Rantainya sudah putus. Pokok-pokok balak tempat abang tebang
sekarang semuanya keras-keras. Sebab itulah mesin cepat rosak,” Murrahan
memberi alasan.
“Bohong! Sayang
tak percaya. Dua hari lepas abang buat alasan pengaut jentolak patah, hari ini
abang buat alasan rantai mesin putus pula. Dulu masa baru kawin sayang bawa
banyak barang-barang mahal. Sekarang semua barang kemas, telefon bimbit,
televisyen, peti ais, semua abang dah jual. Sampaikan periuk kuali pun abang
jual macam besi buruk. Tengoklah apa lagi yang ada dalam rumah kita ini
sekarang. Kosong macam dewan sivik,” bentak Sakurakura lagi.
Murrahan datang
melutut di depan Sakurakura pula.
“Kali ini saja
sayang. Inilah kali terakhir abang minta. Bolehlah sayang. Abang janji, bila
balak sudah dijual nanti, abang akan belikan gelang yang lagi besar. Abang akan
hias rumah kita ini lebih cantik dari dulu dan abang akan belikan sayang dengan
kereta Mercedes Brabus dua pintu,” sungguh lunak Murrahan menabur janji manis.
Hati Sakurakura mula cair.
“Betul abang nak
buat modal?”
“Betul sayang.
Sumpah,”
Murrahan sujud
di kaki Sakurakura. Luruh hati Sakurakura melihat suaminya dalam keadaan
tertonggeng begitu. Lantas dia melurutkan gelang kesayangannya itu dari tangan.
Suaminya lebih bermakna daripada seurat gelang ini.
“Nah, ambil
gelang ni,” kata Sakurakura mengunjukkan gelangnya.
“Terima kasih,
sayang,” Murrahan menyambutnya dengan gembira tidak terkata. Lakonannya sungguh
menjadi. Hatinya berkata, sekeras mana pun hati perempuan dungu ini, ibarat
kerak nasi sahaja. Direndam air sejam dua, lekanglah semuanya!
Begitulah
juga keadaannya di rumah Sifar. Hanya sepasang subang emas sahaja barang
berharga Sihuruhara yang masih tinggal. Sifar berusaha sedaya upaya memujuk
isterinya.
“Berilah pada
abang, sayang. Abang janji, ini kali terakhir abang minta dari sayang. Lepas
ini abang tidak akan minta lagi,” rayu Sifar.
“Sayang tak
percaya. Lepas dapat subang ini nanti abang berjoli di kelab-kelab malam dengan
perempuan muda,” marah Sihuruhara dengan membelakangi suaminya itu. Dia benci
dengan sikap suaminya yang selalu meninggalkannya seorang diri di rumah dan
mengabaikan hal-hal rumah tangga mereka.
“Sumpah, wallah
abang tak buat. Abang tidak pergi berjoli, sayang. Abang keluar uruskan projek
perniagaan pasir kita. Tolonglah berikan subang sayang itu. Abang nak buat
modal beli penyedut pasir baru,” Sifar terus merayu.
“Ke mana
perginya penyedut pasir sebelum ini?” tingkah Sihuruhara.
“Penyedut pasir
sebelum ini sudah dihanyutkan banjir,” kata Sifar dengan nada sedih.
“Kenapa abang
tidak kejar?” marah Sihuruhara.
“Abang sudah
kejar, tetapi penyedut pasir itu sudah hanyut ke laut. Abang sudah dapat
tangkap semula penyedut pasir itu, tetapi tidak dapat membawanya pulang sebab
ombak laut hari itu sangat kuat. Jadi abang tambatlah penyedut pasir itu pada
sebuah kapal yang berlabuh. Esoknya bila abang datang nak ambil semula,
penyedut pasir itu sudah dilarikan kapal itu,” canggih sekali cerita rekaan
Sifar.
“Bohong! Sayang
tak percaya,” kata Sihuruhara. Namun suaranya sudah tidak lagi segarang tadi. Mungkin
sedikit sebanyak dia sudah termakan dengan cerita suaminya yang tidak masuk
akal itu.
“Tolonglah
sayang. Kalau tidak ada penyedut pasir, macam mana abang nak ambil pasir dari
dasar sungai itu. Tentu pelanggan-pelanggan abang akan lari nanti. Rakan-rakan niaga
abang pun pasti akan saman abang. Nanti matilah perniagaan kita. Kita akan
jatuh miskin dan merempat. Nanti orang akan ejek kita berdua. Dan apa pula kita
nak cakap pada abah Sihuruhara nanti? Abah juga akan mendapat malu,” rayu Sifar
dengan bijak sekali menyertakan ekspresi muka meminta belas kasihan.
Hati Sihuruhara
mula diruntun-runtun. Tak sanggup dia membayangkan suaminya akan ditimpa
sebegitu malang. Dia mula melembutkan nada suaranya.
“Betul abang tak
tipu?”
“Sumpah abang
tak tipu. Kalau abang tipu, keluar nanti abang akan digilis lori pasir,” kata
Sifar bersungguh-sungguh.
“Nah, ambillah
subang ini. Tapi abang kena ingat, bila sudah untung nanti, abang kena ganti
subang sayang ini,” kata Sihuruhara dengan menanggalkan subangnya lalu
menyerahkan pada Sifar. Sifar mula tersenyum lebar. Hatinya pula ketawa besar!
“Abang janji,
abang akan ganti dengan subang yang lagi besar daripada subang ini. Sayang
sungguh baik hati, sebab itulah abang sayang sangat pada sayang,” kata Sifar
memuji-muji.
“Sayang nak
kereta BMW juga,” kata Sihuruhara malu-malu.
“Boleh sayang.
Abang akan belikan sayang tiga biji kereta BMW nanti. Satu untuk pergi pasar,
Satu untuk balik rumah abah dan satu lagi untuk sayang pergi bersiar-siar,”
Sifar terus bersetuju dengan menabur janji sesedap rasa.
“Betul ke abang?”
“Betul…” lunak
sungguh suara Sifar mengiakannya.
“Sayang abang….”
Maka tertewaslah
sudah si perempuan gedik yang berakal pendek ini.
Seorang ‘wanita’
bertubuh sasa menuangkan minuman jernih kekuningan ke dalam sebiji gelas kaca.
Mulut botol itu dirapatkan pada gelas agar buih-buihnya tidak meleleh. Setelah
gelas itu satu per empat penuh, seketul ais dimasukkan.
“Minum darling,”
kata ‘wanita’ itu dengan suara manja dan menggoda.
Murrahan meneguk air yang berbau
kuat menyengat hidung itu.
“Oh… nikmat sungguh
air ni. Terasa auranya menjalar ke segenap urat saraf,” kata Murrahan lalu
menyandarkan kepalanya ke sofa. Dia mendepangkan tangan dan memejamkan matanya.
“Lepas ni kita
pergi tengok wayang ya, darling,” renggek ‘wanita’ yang berhalkum besar itu.
Digosok-gosoknya pipi Murrahan dengan hujung jari telunjuknya.
“Okey, baby,”
kata Murrahan. Dia meneguk lebihan minuman dalam gelasnya sehingga habis.
“Tapi I penat
lagilah. You urut tadi power sangat. Kita lepak kat sini dulu, okey?” kata
Murrahan lagi.
“Tak mahulah…
kita tengok wayang dululah. Cerita Ngangkung sudah nak mula ni. I belum tengok
lagi cerita ni. Kawan-kawan kata best sangat. Nanti lepas menonton wayang kita
rehatlah, ya,” kata ‘wanita’ itu dengan melunakkan suaranya. Namun equalizernya
tidak dapat dilaraskan sebaiknya menjadikan suaranya seperti bunyi speaker
pecah.
“Ngangkung ke,
kangkung ke, cangkung ke, nanti kita pergilah,” kata Murrahan lembut.
“Cepatlah
darling…” gesa ‘wanita’ itu lagi.
“Oklah, darling
punya pasal. I ikut saja. Tapi biarlah air botol ini habis dulu…” kata
Murrahan.
‘Wanita’ itu
menuang lagi ke gelas Murrahan sehingga titisan terakhir. Murrahan terus
meneguknya dengan senang hati. Dalam pada itu tangannya sebelah lagi merangkul
‘wanita’ itu sambil meramas-ramas bahunya. ‘Wanita’ itu pula mengelus-ngelus
lehernya.
“Jom kita pergi
tengok wayang, darling,” kata Murrahan setelah gelasnya kosong diteguk.
“Jom,” balas ‘wanita’
itu.
Mereka berjalan
berpelukan keluar dari pub yang dikhaskan untuk peminat spesis dua alam itu.
Sewaktu
melintasi sebuah gedung pakaian mewah, Murrahan ternampak seorang lelaki yang
amat dikenalinya. Lelaki itu sedang begitu asyik melayan seorang remaja lelaki
membelek-belek baju.
“Hai,
Sifar. Pilih baju nampak,” tegur Murrahan.
“Oh, Murrahan.
Aku nak shopping sakan hari ini. Semalam isteri aku beri subang emas. Jadi,
hari ini aku sudah gadai dan dapat banyak duit, hahaha…” sahut Sifar. Dia
ketawa gembira.
“Aku pula dapat
gelang emas, hahaha…” Murrahan turut ketawa.
“Wah, buah hati
engkau solidlah,” usik Sifar setelah memerhatikan ‘wanita’ yang sedang dikepit
Murrahan itu sasa tubuhnya. Maklumlah, siang hari ‘wanita’ itu berkerja sebagai
buruh kontrak dengan identit lelaki sejati. Hanya di malam hari sahaja dia
bersalin kulit untuk berkerja sambilan di pub songsang tadi.
“Kau punya buah
hati pun apa kurangnya. ‘Jambu’ betul. Mana kau dapat?” kata Murrahan sambil
melirik pada remaja lelaki yang ada bersama Sifar.
“Alah, ada
melambak kalau kau nak. Banyak student universiti buat part time kat sini.
Nanti aku kenalkan kau dengan ejen dia,” Sifar membuat tawaran.
“Hahaha… lain
harilah Sifar. Aku tak minat anak-anak ikan, tak pandai melayan. Aku lebih suka
sotong. Layanan dia, fuh… first class aku cakap kau,” kata Murrahan sambil menegakkan
ibu jari tangannya.
“Hahaha…
walaupun kita sealiran, tapi taste kita tak sama,” kata Sifar pula.
“Oklah Murrahan,
kami kena pergi dulu. Buah hati aku ni dah tak sabar-sabar nak tengok wayang,”
kata Murrahan.
“Ok, jumpa lagi
di lain hari,” kata Sifar. Matanya terus mengekori Murrahan bersama pondannya itu
berjalan pergi sehingga hilang di celah-celah orang ramai.
“Siapa itu,
bang?” tanya remaja lelaki pada Sifar.
“Itu biras
abang. Kami sama-sama kawin dengan anak Sheikh Majnun dulu,” jawab Sifar.
“Ooo…” remaja
lelaki itu mengangguk-angguk.
“Adik stay
overnight dengan abang malam ni ye?” pinta Sifar.
“Tak bolehlah
bang. Esok adik ada kuliah awal pagi. Nanti tak sempat balik rumah,” kata
remaja lelaki.
“Oh, kalau gitu
malam esok boleh kan?” cadang Sifar.
“Okey, esok
malam adik janji stay overnight. Lusa, kuliah petang,” remaja lelaki itu
bersetuju.
“Okey kalau
gitu. Tapi malam ni awal lagi. Kita boleh enjoy dulu, kan?” Sifar merenung mata
jambunya itu.
“Boleh, tapi
sampai pukul dua belas saja tau,” kata remaja laleki itu dengan manja.
“Okey, pukul dua
belas abang akan hantar adik balik. Tapi sebelum tu kita enjoy dulu puas-puas,”
kata Sifar dengan pandangan mata penuh makna.
“Okey… tapi kita
habiskan shopping dulu ya, bang,” remaja lelaki itu senyum, juga memberi makna.
“Beres…”