Bab 12
Di sebuah rumah
buruk di sebuah kampung, seorang perempuan tua sedang sibuk menggiling dan
membakar roti. Seketika kemudian dia berhenti kerana terdengar satu suara. Dia
kenal akan suara yang sayup-sayup berteriak itu.
“Apa pulak Sediakawal
terjerit-jerit pula tu?” tanyanya sendirian.
“Umi! Umi! Ya
ummi!” jerit Sediakawal dengan menerpa ke dalam rumah lalu mendapatkan ibunya.
“Umi, marilah.
Ana ada bawa satu hadiah, satu surpriselah untuk enta,” kata Sediakawal dengan
menarik tangan ibunya.
“Apa itu?” soal Baiduri
hairan.
“Enta tutup
matalah,” kata Sediakawal.
“Tutup mata?
Kena tutup mata? Baiklah, umi tutup,” kata Baiduri sambil memejamkan mata.
“Macam ini lah,”
kata Sediakawal sambil mengambil tangan ibunya untuk menutup mata. Dia
mengambil sehelai kain sal juga untuk menutup muka ibunya.
“Duduklah. Enta
duduklah,” Sediakawal menyuruh ibunya duduk di kerusi. Baiduri hanya menurut
saja.
“Sampai ana
bilang buka baru buka mata ya,” kata Sediakawal. Ibunya mangangguk.
“Jangan buka
mata ya, umi,” pesan Sediakawal lagi.
“Baik, baik,”
kata ibunya. Dia menghela nafas. Ada-ada saja telatah pelik anak lelaki
tunggalnya ini.
Sediakawal pun
menarik Mergastura masuk ke dalam rumah. Mergastura mengambil tempat duduk
berhadapan dengan ibu Sediakawal.
“Sekarang enta
buka matalah umi,” suruh Sediakawal.
Ibu Sediakawal
membuka mata. Serentak dengan itu dia terperanjat apabila melihat ada seorang
wanita muda duduk di depannya.
“Siapa ini?”
tanya Baiduri kaget.
“Ana punya
binilah, umi. Ana berkahwinlah sekarang, Mergastura namanya,” kata Sediakawal
dengan gembira.
Baiduri terkejut
dengan jawapan Sediakawal. Mustahil anaknya itu mampu kawin. Apa lagi dengan
perempuan yang nampaknya macam anak orang berada ini. “Engkau bawak anak dara
orang lari ya? Nanti kita dapat susah, Sediakawal. Kita miskin nak,” kata
Baiduri cemas.
Sediakawal
tertawa kecil. Dia sudah menjangkakan ibunya pasti akan terkejut dengan
rezekinya yang datang tidak disangka-sangka itu.
“Bukan bawa lari
anak oranglah umi. Tadi siang ada satu orang kaya kawinkan ana dengan anak dia
dalam hutan,” jelasnya.
Sekali lagi
Baiduri terkejut. Kali ini jelas mukanya menjadi pucat.
“Apa? Kamu kawin
dalam hutan, Sediakawal? Betulkah apa yang kamu cakap ni? Entah-entah kamu
sudah dipermain-mainkan oleh makhluk bunian di hutan itu,” kata ibu Sediakawal.
Seram sejuk tubuh dia jadinya.
“Apalah umi
cakap isteri ana ini makluk bunian. Ini bukan makhluk bunianlah, umi. Ini
manusia betullah,” jelas Sediakawal.
“Kalau betul
manusia, kenapa dia ada dalam hutan itu. Bukankan pelik itu? Kamu ini buat umi
bimbang saja, Sediakawal,” keluh Baiduri.
“Umi jangan
susah hati. Nanti dia boleh ceritalah. Mergastura, cerita. Ceritalah,” kata
Sediakawal.
“Benar umi,
semua yang Sediakawal kata itu benar belaka,” kata Mergastura yang baru mula
bersuara.
“Benar, benar.
Kan ana sudah bercakap benar,” sampuk Sediakawal.
“Macam mana
boleh jadi begini?” tanya Baiduri.
“Saya ini,
selalu sangat berselisih pendapat dengan abah saya,” kata Mergastura.
“Selalu lawanlah.
Dia selalu lawanlah,” sampuk Sediakawal lagi.
“Jadi, kakak dan
adik saya dikahwinkan dengan orang kaya, tapi saya dikawinkan dengan orang
miskin,” sambung Mergastura lagi.
“Orang miskin
itu, analah umi,” potong Sediakawal.
“Agaknya dia
sengaja melakukan ini sebab dia sungguh marahkan saya,” kata Mergastura.
“Oh, begitu. Kesian
betul umi mendengarnya,” keluh ibu Sediakawal.
“Sediakawal! Sediakawal!”
tiba-tiba kedengaran seseorang memanggil dari luar.
“Oh, penghulu,”
kata Sediakawal bangun lalu memyambutnya.
“Ahlan wasahlan.
Mari, mari. Mari masuk ya penghulu. Ini hari baik, ini hari baik. Ana sangat
bernasib baik ini hari,” kata Sediakawal selepas memeluknya.
“Sediakawal, ana
dengar enta sudah kawin,” kata penghulu.
“Ana sudah
kawinlah penghulu. Ana kawin sama Mergastura dalam hutanlah. Kawin dalam
hutanlah. Belum pernah orang bikinlah,” jawab Sediakawal dengan riangnya.
“Mergastua? Enta
kawin sama mergastua di dalam hutan? Mergastua jenis apa itu?” tanya Penghulu terperanjar
besar. Di dalam kepalanya terbayangkan kemungkinan sama ada seekor orang utan,
ungka, kera, mawas ataupun lutong yang sudah berkahwin dengan Sediakawal.
“Bukan
mergastualah penghulu. Mergastua itu binatang. Ana bukan kawin sama binatang.
Ana kawin sama manusia, Mergastura. Mergastura jadi isteri analah, penghulu,”
kata Sediakawal.
“Oh, Mergastura.
Mana dia Mergastura enta punya isteri itu?” tanya Penghulu.
“Inilah,
Mergastura, Mergastura,” kata Sediakawal sambil menunjuk kepada Mergastura.
“Oh, ini Mergastura...
Cantik Sediakawal. Cantik,” puji Penghulu.
“Cantik. Ana
punya bini sungguh cantiklah. Ana punya bini sungguh cantiklah,” kata Sediakawal
sambil menari-nari.
“Mergastura,
inilah kita punya penghulu ini kampung,” Sediakawal memperkenalkan penghulu kepada
Mergastura.
“Apa nama
kampung ini?” tanya Mergastura pula.
“Ini kampung
nama Kampung Tahi Lalat,” kata penghulu.
“Ya, ya. Ini
kampung nama Tahi Lalatlah Mergastura,” tambah Sediakawal.
“Kenapa diberi
nama Kampung Tahi Lalat?” tanya Mergastura lagi.
“Pasal muka
penghulu kita ini banyak tahi lalatlah. Hahaha….” jawab Sediakawal berseloroh.
“Ya, ya. Muka
ana banyak tahi lalatlah. Hahahaha…” Penghulu pun turut ketawa.
“Apa hajat
penghulu?” tanya Sediakawal.
“Ana datang ini
hari mahu jemput enta sama enta punya isteri, sama enta punya umi. Ini malam
kita akan mengadakan jamuan keramaian yang istimewa,” kata Penghulu.
“Ini macam ka?
Kalau ini macam tak ada masalahlah, kami tiga-tiga orang akan pergi sanalah,”
kata Sediakawal.
“Ya, ya,” balas
penghulu.
Maka malam itu
majlis keramaian meraikan perkahwinan Sediakawal berlangsung dengan meriahnya.
Mereka menjamu selera dan bersukaria.
Seorang gadis
genit menari melenggok-lenggok di pentas sambil tangannya memegang gegelung
rotan berbunga. Dan mereka pun ramai-ramai bernyanyi.
Kita semua
sepakat di Kampunglah Tahi Lalat
Meraikan kedua
mempelai baru
Kita semua
sepakat di Kampunglah Tahi Lalat
Meraikan kedua
mempelai baru
Sejak dulu banyak
kali ana katakan kebahgiaan di tangan tuhan
Sejak dulu banyak
kali ana katakan kebahgiaan di tangan tuhan
Ana miskin dapat
kawin gadis kaya
Mergastura anak
Majnun Aljerunga
Ana miskin dapat
kawin gadis kaya
Mergastura anak
Majnun Aljerunga
Kita semua
sepakat di Kampunglah Tahi Lalat
Meraikan kedua
mempelai baru
Kita semua sepakat
di Kampunglah Tahi Lalat
Meraikan kedua
mempelai baru
Ana puji semua orang
kampung
Satu hati saling
menolong
Ana puji semua orang
kampung
Satu hati saling
menolong
Tidak seperti
orang kaya hidupnya sombong
Sama sendiri saling
memotong
Tidak seperti orang
kaya hidupnya sombong
Sama sendiri saling
memotong
Kita semua
sepakat di Kampunglah Tahi Lalat
Meraikan kedua
mempelai baru
Kita semua
sepakat di Kampunglah Tahi Lalat
Meraikan kedua
mempelai baru